Home » , » Jangan bertangguh, hidup ini hanya seketika

Jangan bertangguh, hidup ini hanya seketika

Posted By Dennelton Mandiau on Saturday, January 6, 2018 | 18:33

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat kepada suami kita kerana hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa disangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita kerana kematian itu tidak mengira masa dan usia.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maafkan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan dan perpisahan itu adalah dengan kematian.
  1. Apabila ayah kamu meninggal dunia, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
  2. Apabila ibu kamu meninggal dunia, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.
  3. Apabila abang kamu meninggal dunia, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
  4. Apabila kakak kamu meninggal dunia, maka hilanglah senyuman kasihnya.
  5. Apabila adik kamu meninggal dunia, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
  6. Apabila pasangan kamu meninggal dunia, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
  7. Apabila sahabat kamu meninggal dunia maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulusnya.
Ketahuilah...

Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Maka...

Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini.

๐ŸŒน๐ŸŒธ๐Ÿ’š๐ŸŒธ❤๐ŸŒธ๐Ÿ’š๐ŸŒน
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2018. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger