Home » » Wilayah Amerika Latin, Caribbean paling ganas di dunia bagi wanita: PBB

Wilayah Amerika Latin, Caribbean paling ganas di dunia bagi wanita: PBB

Posted By Dennelton Mandiau on Monday, November 27, 2017 | 17:56

Amerika Latin dan Caribbean adalah wilayah yang paling ganas di dunia bagi wanita, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekankan Amerika Tengah dan Mexico sebagai negara paling berbahaya.

Dalam satu laporan dikemukakan di Panama, Wanita PBB dan Program Pembangunan PBB (UNDP) mendapati serangan terhadap wanita masih berterusan di wilayah itu walaupun terdapat undang-undang yang membendung kejadian tersebut.

“Isu keganasan terhadap wanita di Amerika Latin adalah kritikal. Ia adalah wilayah yang paling ganas di dunia terhadap wanita di luar konteks konflik,” kata Eugenia Piza Lopez, ketua misi jantina UNDP di Amerika Latin.

Kadar keganasan seksual terhadap wanita di luar hubungan adalah tertinggi di dunia di wilayah itu, menurut laporan yang dinyatakan.

Tiga daripada 10 negara dengan kadar rogol tertinggi terhadap wanita adalah di Caribbean, katanya.
Femicide – pembunuhan ke atas wanita – berlaku pada skala “yang tinggi” di Amerika Tengah, menjelaskan bahawa dua daripada tiga wanita dibunuh kerana jantina mereka.

“Di beberapa negara ia menjadi krisis yang teruk. Di Northern Triangle (Honduras, El Salvador dan Guatemala) dan Mexico isu pembunuhan dan keganasan terhadap wanita telah mencapai tahap epidemik, dalam banyak kes dikaitkan jenayah terancang,” kata Piza-Lopez.

Northern Triangle Amerika Tengah dianggap kawasan paling berbahaya di dunia di luar zon perang, kebanyakannya kerana diselubungi kekejaman kartel dadah dan kumpulan jenayah yang lain.

Laporan PBB menyatakan bahawa 24 daripada 33 negara di Amerika Latin dan Caribbean mempunyai undang-undang terhadap keganasan domestik, tetapi hanya sembilan daripadanya telah meluluskan undang-undang yang menangani pelbagai bentuk keganasan lain terhadap wanita.

Walaupun langkah-langkah telah diambil, keganasan terus menjadi ancaman kepada hak asasi manusia, kesihatan dan keselamatan awam.

PBB mencadangkan supaya mengukuhkan institusi dan dasar di wilayah itu, serta memperuntukkan sumber untuk memperkasakan wanita. Ia juga menasihatkan bahawa norma budaya “patriarki” yang mengekalkan ketidaksamaan jantina perlu ditangani.

Laporan tersebut menambah bahawa satu pertiga daripada wanita di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan dalam hubungan mereka atau keganasan seksual oleh orang-orang di luar hubungan mereka.

Sumber AFP
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger