Home » » Lapan kenyataan kesat presiden Filipina selepas menang pilihan raya

Lapan kenyataan kesat presiden Filipina selepas menang pilihan raya

Posted By Dennelton Mandiau on Wednesday, July 20, 2016 | 18:11

Rodrigo Duterte, yang mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina ke-16, dikatakan oleh pengkritik seorang pemimpin bermulut celupar.

Semasa kempen, beliau telah menjadi berita utama antarabangsa berhubung kenyataan pedas atau kesat beliau seperti memanggil Pope Francis sebagai seorang “anak sundal” dan bergurau tentang mahu merogol seorang wanita mubaligh Australia yang mati dalam rusuhan penjara di Davao.

Selepas menang majoriti pilihan raya pada bulan Mei 2016, bekas datuk bandar di selatan Davoa itu terus membuat provokasi, kenyataan kesat.

Berikut adalah beberapa petikan selepas beliau dipilih dalam pilihan raya:

Beberapa wartawan patut dihukum mati

“Hanya kerana kamu seorang wartawan, kamu tidak dikecualikan daripada pembunuhan jika kamu anak sundal.”
(Menjelaskan bahawa banyak wartawan akan dibunuh di Filipina kerana korup – salah sebuah negara yang paling berbahaya di dunia bagi kerja media.)

Serangan ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

“Itu masalah di sini, mereka sentiasa menimbulkan kebimbangan mengenai hal ini atau konvensyen PBB. Saya berkata, celaka kamu PBB, kamu tidak pernah dapat menyelesaikan pembunuhan beramai-ramai di Timur Tengah...juga di Afrika. Diam kamu semua.”
(Serangan yang seolah-olah tanpa provokasi ke atas PBB, mungkin disebabkan oleh pelapor khas PBB mengenai pembunuhan di luar undang-undang yang menekankan kebimbangan pada tahun 2008 mengenai pembunuhan pasukan bantuan di Davao.)

Kutuk Gereja Katolik

“Kamu anak-anak sundal, kamu tidak malu? Kamu bertanya begitu banyak pertolongan, juga dari saya.”
(Sebahagian daripada kritikan pedas terhadap pemimpin Gereja Katolik, yang dianuti 80 peratus daripada rakyat Filipina.)

Pengampunan bagi polis pembunuh

“Ini adalah satu hukuman yang sangat mudah dalam perlembagaan, yang mengatakan presiden mempunyai kuasa untuk memaafkan pesalah jenayah. Jika saya beritahu seseorang, bunuh mereka (penjenayah) dan mereka berkata ‘tetapi tuan, saya akan dihukum,’ saya hanya menjawab...dapatkan salinan kertas pengampunan dan saya akan menandatanganinya. Jika peguam mendakwa, walaupun peguam itu, kamu boleh membunuh dia.”
(Duterte telah berkata beribu-ribu penjenayah akan mati dalam perangnya ke atas penjenayah.)

Menghasut orang awam untuk menyertai pembunuhan terbuka

“Jika mereka berada di sana di kawasan kejiranan kamu, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami, polis atau melakukannya sendiri jika kamu mempunyai senjata. Kamu akan mendapat sokongan saya. Jika penyerang melawan hingga mati, kamu boleh membunuhnya. Saya akan berikan kamu sekeping pingat.”
(Duterte menyeru rakyat biasa Filipina supaya membunuh penjenayah yang disyaki.)

Penembak tepat tentera untuk bunuh penjenayah

“Saya mahu tentera terlibat dalam kempen anti dadah. Saya memerlukan pegawai-pegawai tentera yang boleh menembak dengan tepat.”
(Duterte memberitahu pemberita beliau akan menggunakan penembak tepat tentera untuk membunuh penjenayah. Beliau kemudiannya berkata akan menghantar tentera yang menggunakan senapang mesin automatik.)

Bagaimana faraj isteri kamu?

“Bagaimana keadaan faraj isteri kamu? Adakah dia mempunyai keradangan faraj? Adakah ia berbau busuk? Adakah ia berbau atau tidak berbau? Berikan saya laporan itu.”
(Duterte melontarkan soalan menyakitkan hati dan memalukan terhadap seorang wartawan kerana marah disoal mengenai kesihatannya.)

Potong zakar

“Tiga anak cukup. Kamu pekerja sosial perlu proaktif. Beritahu mereka: ‘Datuk bandar berkata, jika kamu mempunyai lima anak, dia akan memotong zakar kamu’.”
(Bergurau tentang bagaimana dia akan menguatkuasakan program perancangan keluarga yang dirancang itu.)

Sumber AFP
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger