Home » » Lelaki Kanada hilang ingatan selama 30 tahun ditemui

Lelaki Kanada hilang ingatan selama 30 tahun ditemui

Posted By Dennelton Mandiau on Sunday, February 21, 2016 | 18:36

Seorang lelaki Kanada yang hilang 30 tahun lalu, dipertemukan semula dengan keluarganya selepas dia tiba-tiba mengingat nama asalnya.

Edgar Latulip, tahap mentalnya seperti kanak-kanak, berusia 21 tahun ketika menghilangkan diri apabila keluar dari rumah istimewa di Kitchener, Ontario pada 1986, menurut laporan media Kanada dan CBC News.

Latulip, yang pernah cuba membunuh diri dan sepatutnya menerima rawatan, hilang khabar sejak itu yang ibunya pernah menyuarakan kebimbangan kemungkinan dia dibunuh.

Ia juga berterusan sehingga seorang lelaki dengan identiti berbeza tinggal 120 kilometer memberitahu rakan kerjanya bulan Januari 2016 yang dia teringat nama sebenarnya ‘mungkin’ Edgar Latulip’ selepas beberapa imbasan ingatan.

Satu ujian DNA mengesahkan identitinya Latulip.

Ibunya Silvia Wilson yang selepas kejadian itu berpindah ke Ottawa, menyifatkan terkejut semasa dia menerima berita itu menerusi panggilan telefon minggu lepas dari seorang polis detektif.

“Saya tak tahu nak fikir apa. Saya hanya terkejut besar,” kata Wilson, 76, memberitahu The Record, menyifatkan anak lelakinya itu ‘seorang budak bermasalah’.

“Saya mahu bercakap dan membantunya dengan apa sahaja cara saya mampu. Saya tidak sabar menemuinya.”

Rangkaian Individu Hilang Amerika Utara menyifatkan Latulip memiliki kapasiti mental seperti kanak-kanak 12 tahun.

Polis Konstabel Wilayah Niagara Philip Gavin memberitahu Toronto Star dan CBC yang Latulip cedera apabila terhantuk di kepala selepas jatuh semasa menghilangkan diri dari pusat jagaan khas itu, menjejaskan ingatannya dengan teruk sehingga tidak dapat mengingati siapa dirinya sebelum mencipta identiti baharu.

“Saya sudah lama bergelar polis dalam 18 tahun dan ini sesuatu yang saya hanya saksikan dalam TV tetapi tak pernah berdepan dengannya,” kata Gavin memberitahu Star.

“Jelas sekali ini jarang berlaku.”
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger