Home » , » Asma (lelah)

Asma (lelah)

Posted By Dennelton Mandiau on Saturday, August 15, 2015 | 16:54

Asma adalah suatu penyakit saluran pernafasan. Gejala-gejalanya adalah perasaan sesak pada dada, nafas pendek, termengah-mengah dan batuk-batuk.

Hidroterapi
  1. Lakukan pendemahan pada dada, 2 kali sehari.
  2. Hidu wap, 2 kali sehari.
  3. Adakan latihan pernafasan selama 10-15 minit bila tak ada serangan asma, 4 kali sehari.
Latihan Pernafasan

Kedudukan: Duduk selesa pada sebuah kerusi dengan punggung disokong dengan bantal. Tarik nafas melalui hidung. Kemudian kerutkan bibir, seakan-akan hendak meniup melalui "straw" atau penyedut. Hembuskan udara dua kali lebih lama daripada ketika menghidunya. Tambahkan waktu hembusan sedikit demi sedikit.

Rehat setelah menghembus dan bernafaslah tiga kali secara normal sebelum memulakan lagi cara pernafasan tadi. Ini dapat dilakukan di pagi hari, siang hari dan pada malam hari, sebelum tidur Ini dapat dilakukan juga apabila nafas menjadi pendek sementara melakukan gerak badan serta kegiatan lainnya.

Pengubatan dengan tanaman herba

1. Kulit Pohon Asam Jawa (Tamarindus Indica L.)
  • Cincang dan rebus sekerat kulit kayunya sepanjang 1 kaki dalam 3 gelas air selama 10 minit.
Takaran:
  • Orang dewasa : 1 cawan setiap selesai makan dan sebelum tidur.
  • Anak-anak : ½ cawan, 4 kali sehari (setelah makan dan sebelum tidur).
  • Bayi : 2 sudu makan, 4 kali sehari (setelah makan dan sebelum tidur).
2. Daun dan bunga Bayam Berduri (Amaranthus Spinosus L.)
  • Rebus 5 batang muda bayam berduri yang dicincang bersama bunga dan daun dalam 5 gelas air selama 10 minit.
Takaran:
  • Orang dewasa : 1 cawan, 4 kali sehari.
  • Anak-anak : ½ cawan, 4 kali sehari.
  • Bayi : 2 sudu makan, 4 kali sehari.
Perhatian: Perawatan ini terutama sangat baik bagi pengeluaran lendir (kahak atau hingus) yang berlebihan.

~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger