Home » , » Pembunuhan beramai-ramai Srebrenica: Tokoh utama didakwa jenayah perang

Pembunuhan beramai-ramai Srebrenica: Tokoh utama didakwa jenayah perang

Posted By Dennelton Mandiau on Saturday, July 11, 2015 | 08:41

Lebih daripada satu dekad, Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia telah mendakwa 20 suspek yang melakukan jenayah pada bulan Julai 1995 di Srebrenica. Semua telah ditangkap dan dibawa ke The Hague.

Semua mereka, 14 telah didapati bersalah, satu dibebaskan, dan tiga masih dalam perbicaraan (sehingga artikel ini ditulis).

Hampir 8,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak Islam dibunuh selepas wilayah timur Bosnia telah ditakluki oleh tentera Serb Bosnia pada pertengahan bulan Julai 1995.

Mayat-mayat mangsa dibuang ke dalam sebuah kubur besar dalam pembunuhan beramai-ramai di Eropah yang paling teruk sejak Perang Dunia ll. Ia juga merupakan salah satu kekejaman tiga tahun perang saudara Bosnia, hingga mengorbankan 100,000 nyawa dan memindahkan 2.2 juta orang.

Antara tokoh utama telah dihukum:

- Zdravko Tolimir -

Dianggap sebagai orang kanan komander pasukan Serb Bosnia Ratko Mladic, Tolimir telah dihukum penjara seumur hidup pada April 2015. Bekas ketua perisikan dan keselamatan itu telah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai dan jenayah lain.

- Radislav Krstic -

Jeneral Serb Bosnia mengetuai serangan terhadap Srebrenica dan merupakan suspek pertama yang disabitkan atas penghapusan bangsa. Dihukum 35 tahun penjara, kesnya telah diangkat selepas rayuan pada bulan April 2004.

- Popovic dan lain-lain -

ICTY pada bulan Januari 2015 telah mengesahkan dua orang dihukum mati iaitu Vujadin Popovic dan Ljubisa Beara, dua pegawai kanan dalam tentera Serb Bosnia disabit melakukan pembunuhan beramai-ramai. Empat yang lain dijatuhi hukuman penjara 13 dan 35 tahun. Tertuduh yang ketujuh, Milan Gvero, kemudiannya meninggal dunia selepas disabitkan.

- Vidoje Blagojevic dan Dragan Jokic -

Seorang pegawai kanan dalam tentera Serb Bosnia, Blagojevic dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan Jokic menerima hukuman penjara sembilan tahun kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Perbicaraan masih dijalankan:

Perbicaraan mengenai pembunuhan, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadzic dan panglima tentera Ratko Mladic, yang mengarah tentera Serb Bosnia di Srebrenica, kini masih dibicara di ICTY.

- Radovan Karadzic -

Menghadapi 11 tuduhan, termasuk salah satu penghapusan bangsa Srebrenica, Karadzic gagal membuat rayuan dalam kes itu jadi satu pengakuan tidak bersalah dibuat bagi pihaknya. Menutup hujah dalam kes tersebut pada bulan Oktober 2014, satu penghakiman dijangka pada bulan Disember tahun ini (2015).

- Ratko Mladic -

Pembela Mladic telah berusaha sejak Mei tahun lalu, tetapi pihak pendakwaan baru-baru ini dibenarkan untuk menambah lebih banyak bukti-bukti ke atas kes itu selepas penemuan sebuah kubur besar yang baharu. Mladic menghadapi tuduhan sama dengan Karadzic. Penghakiman dijangka pada bulan November 2017.

- Jovica Stanisic dan Franko Simatovic -

Stanisic, yang pernah menjadi orang kuat ketua perisikan Serbia Slobodan Milosevic dan rakannya Simatovic kedua-duanya telah dibebaskan. Pihak pendakwaan merayu keputusan itu.

Pembebasan:

- Momcilo Perisic -

Bekas ketua tentera Yugoslavia telah dibebaskan atas rayuan pada bulan Februari 2013. Beliau dituduh terlibat dalam beberapa hal antaranya “membantu dan bersubahat” dengan tentera Serb Bosnia menindas dan membunuh umat Islam di Srebrenica.

Perisic pada mulanya dijatuhi hukuman 25 tahun penjara, tetapi rayuan ICTY memutuskan bahawa ia tidak dibuktikan “mempunyai sebarang keraguan munasabah” yang mengatakan Perisic telah membantu tentera Serb Bosnia melakukan jenayah.

Meninggal dunia semasa perbicaraan:

- Slobodan Milosevic -

Bekas presiden Yugoslavia dan orang kuat Serbia meninggal dunia dalam tahanan pada Mac 2006, menghadapi dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai sebagai penghapusan bangsa, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kes terhadap beliau telah digugurkan.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I'm a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger