Home » , » Generasi Z: Dilahirkan dalam era digital

Generasi Z: Dilahirkan dalam era digital

Posted By Dennelton Mandiau on Tuesday, July 7, 2015 | 21:31

Facebook? Tentu saja. Buku? Sudah pasti tidak. Permainan video? Sememangnya. Sukan? Jangan harap. Kelajuan? Ya. Kesabaran? Tidak begitu penting.

Hal ini, pendek kata, adalah kehidupan “Generasi Z” – bebas, keras kepala, pragmatik dan sentiasa tergesa-tergesa.

Berjumlah kira-kira dua billion, anak-anak muda yang lahir selepas 1995 dan tidak menyedari dunia tanpa Internet, hidup dalam satu kehidupan yang menampakkan perbezaan sangat ketara dari segi impian dan akhlak generasi sebelum ini.

Mereka begitu ketagih di dalam dunia digital sehinggakan beberapa ahli akademik telah menyifatkan mereka sebagai “mutan”.

Di sini beberapa tabiat atau pola kehidupan generasi Z:

-Kehidupan harian-

Mereka mahu segala-galanya, di mana-mana sahaja dan dengan segera. Mereka melayari dua skrin pada masa yang sama. Mereka tidak keberatan membeli telefon pintar yang terbaru.

Dalam lingkungan umur 13 hingga 20, mereka mengetahui semua trend terkini dari media sosial dan bersosial dengan rakan di alam maya.

Fesyen mereka terdapat di seluruh dunia yang ditiru dalam web, mereka menonton blockbusters Amerika seperti “Hunger Games” atau “Divergent”, mendengar K-pop Korea dan, apabila mereka menari, mereka “menari didendangkan irama muzik popular dengan gaya seksual”.

Apabila mereka bercakap, perbendaharaan kata mereka dipenuhi dengan akronim, sukar difahami kepada mereka yang tidak tahu.

Dan idol baharu mereka adalah bintang Internet, seperti PewDiePie, yang mempunyai saluran Youtube dilanggan ramai pengunjung di dunia.

-Rakan-rakan mereka-

Orang dari Generasi Z mendapati lebih mudah untuk bercakap dalam talian daripada bersemuka. Rakan-rakan mereka di media sosial lebih penting daripada rakan mereka dalam kehidupan sebenar, dan kadangkalanya mereka bertemu secara peribadi dengan sahabat “maya” mereka.

Lebih lapan daripada 10 ketagih dengan rangkaian sosial dan lebih separuh daripada mereka berfikir bahawa ini adalah kehidupan sosial sebenar mereka.

Mereka mula mengakses laman web "dating" sejak berumur 16 tahun.

-Apa yang mereka tahu-

Walaupun mereka masih muda, mereka telah melihat begitu banyak teknologi. Atas sebab ini, mereka menjadi “pendidik sendiri”, belajar benda baharu melalui usaha sendiri dalam video Youtube.

Selain itu, mereka telah melihat semua yang ada dalam web seperti yang berunsur keganasan dan lucah,

-Apa yang mereka lihat-

Menurut khidmat nasihat AS Sparks dan Honey, kebanyakan mereka yang dikategorikan sebagai Generasi Z-er menghabiskan lebih daripada tiga jam sehari depan skrin.

Facebook adalah racun utama mereka, walaupun ia popular di kalangan sesetengah rakyat Amerika. Foto di Instagram, mesej pantas di Snapchat. Twitter dan Tumblr juga turut menjadi racun kepada mereka.

Tetapi bukan semuanya pasif: Generasi Z juga melibatkan diri mereka di luar sana dalam Youtube atau “Pemblogan Video” (video blog), dengan harapan untuk menjadi “Fred” (Lucas Cruikshank) seterusnya, yang mencipta nama sejak umur 13.

Semua orang melayari web sambil menonton TV dan mereka berfikir bahawa segala-galanya mungkin dengan teknologi. Tetapi, mereka mempunyai tahap tumpuan yang singkat dan cenderung untuk membaca dengan betul, yang boleh memberi kesan buruk di sekolah.

-Generasi Z di tempat kerja-

Ini adalah generasi yang mahu mewujudkan syarikat mereka sendiri – antara 50 peratus dan 72 peratus mahu berbuat demikian

Idea “perniagaan” akan menyebabkan respon negatif: “Rumit” dan “kejam".

Mereka percaya kejayaan datang dari “perhubungan/rangkaian” dan bukan kelayakan dan juga mereka lebih suka organisasi sama rata untuk sebuah hierarki di tempat kerja.

Mereka ingin berjaya dan mencapai matlamat, dengan 76 peratus berhasrat untuk menggunakan hobi mereka menjadi kerja mereka.

-Masa depan Generasi Z-

Ini adalah anak-anak krisis dan ia menunjukkan dari tingkalaku mereka. Kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa mereka “tertekan” melihat masa depan yang suram, terutama dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Diberi gaji yang sama, 25 peratus daripada Generasi Z di Perancis akan memilih syarikat yang paling “menyeronokkan”, 22 peratus paling inovatif dan 21 peratus paling beretika.

Tetapi seperti generasi idealistik yang lain, mereka ingin mengubah dunia dan berminat untuk kerja sukarela, di mana satu perempat daripada rakyat Amerika yang berumur lewat remaja telah mereka lakukan.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger