Home » , » ‘El Chapo’ lari penjara menerusi terowong bawah tanah

‘El Chapo’ lari penjara menerusi terowong bawah tanah

Posted By Dennelton Mandiau on Monday, July 13, 2015 | 18:53

Ketua dadah Joaquin “El Chapo” Guzman hilang dalam penjara didapati melarikan diri menerusi terowong bawah tanah di bawah ruang tempat mandi dalam selnya telah memaksa pasukan keselamatan Mexico melancarkan pemburuan besar-besaran.

Gerakan memburu besar-besaran itu dilancarkan selepas Guzman dikesan hilang pada malam 11 Julai 2015 dari penjara keselamatan maksimum yang terletak 90 kilometer ke barat Bandar Mexico, juga usaha melarikan diri Guzman yang kedua dalam 14 tahun.

Pendakwa raya telah menyoal siasat 30 kakitangan penjara termasuk warden hinggalah kakitangan biasa, kata pejabat pendakwa raya sambil mengesyaki ia kemungkinan kerja ‘orang dalam’.

Ketua kartel dadah Sinaloa itu yang ada pengaruh sehingga global, dipenjara selama 17 bulan selepas ditangkap semula pada Februari 2014.

Selepas Guzman hilang dari dikesan kamera keselamatan, pengawal penjara menemui satu lubang dengan kedalaman 10 meter (33 kaki) di bawah ruang tempat mandi dengan satu tangga, kata Suruhanjaya Keselamatan Nasional Monte Alejandro Rubido.

Ia menuju ke terowong sepanjang 1.5 kilometer dengan sistem ventilasi dan ruang pencahayaan yang dilihat dikorek dengan bantuan kelengkapan dan perkasan pengangkutan untuk menggali lubang itu.

Terowong setinggi 1.7 meter dan 80 sentimeter lebar, memuncak di dalam sebuah bangunan bata kelabu di atas bukit yang dikelilingi oleh padang rumput di tengah negeri Mexico.

Pejabat pendakwa raya menerbitkan satu video memaparkan lubang berkenaan di dalam sebuah rumah atas lantai yang ditutup. Satu katil dan dapur wujud dalam bangunan itu yang menunjukkan ada yang pernah tinggal di dalamnya.

Ketika penyiasat cuba merungkai lebih mendalam mengenai cara Guzman melarikan diri, polis dan tentera juga melakukan pemeriksaan ke atas kereta dan trak di jalan raya sekitarnya.

“Jika dia tidak ditangkap dalam tempoh 48 jam, Guzman akan mengawal semula kartel Sinaloa,” kata Mike Vigil, seorang pesara dari DEA (Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat) yang pernah memimpin operasi antarabangsa.

“Jika dia dapat kembali ke Sinaloa, iaitu negeri tempat asalnya dan berjaya melalui kawasan pergunungan di sana, memang sukar menangkapnya semula kerana dia mendapat perlindungan dari penduduk kampung setempat.”

Beberapa negeri termasuk Sinaloa mula melakukan pemeriksaan jalan raya. Negeri Puebla berkata pihak berkuasanya menggunakan teknologi X-ray di pondok tol untuk memantau kenderaan lalu lalang.

Tentera di Guatelama telah melancar operasi khas di sempadan dengan Mexico. Ia negara tempat Guzman ditangkap pada 1993.

Cubaan Guzman melepaskan diri pertama kali pada 2001 semasa memintas anggota keselamatan dengan bersembunyi di tempat penghantaran pakaian di negeri barat di Jalisco.

Marin bagaimanapun menangkap semula Guzman pada Februari 2014 dalam serbuan subuh di sebuah kondo di Mazatlan, sebuah resort Pasifik di Sinaloa, dengan bantuan DEA.

Dia sejak itu dipenjara di Altiplano yang turut memenjara beberapa individu yang terkenal dengan dadah ditangkap semasa pentadbiran Presiden Enrique Pena Nieto.

- Dibantu dari dalam? -

“El Chapo pastinya merancang perkara itu semasa dalam penjara dan ada sokongan besar luar dan dalam untuk melarikan diri,” kata Raul Benitez Manaut, seorang pakar keselamatan dari Universiti Autonomi Nasional Mexico.

“Pastinya wujud penyelewengan di dalam dan luar penjara,” katanya.

Pihak berkuasa sudah menyiasat mengenai satu lawatan ‘luar biasa’ ke atas Guzman pada Mac apabila seorang wanita berjaya menemuinya menggunakan identiti palsu untuk memasuki penjara.

Usaha melarikan diri itu dianggap cabaran kepada Pena Nieto yang membayangi lawatannya ke Perancis.

Kerajaan pimpinan Pena Nieto yang mendapat pujian kerana menangkap individu penting kartel-kartel dadah termasuk Guzman yang disifatkan antara yang paling berpengaruh ditangkap dan mendapat jolokan nama ‘El Chapo’ yang bermaksud ‘Si Pendek’.

Ketua Pendakwa Raya AS Loretta Lynch berkongsi kebimbangan dengan tindakan Guzman melarikan diri
dan menawarkan bantuan untuk menangkapnya semula.

- Tawaran lumayan -

Amerika Syarikat pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM18.94 juta) sebelum penahannya pada 2014, sementara Chicago, sebuah destinasi popular bagi narkotik Sinaloa, mengisytiharkan dia “Musuh Awam Nombor Satu”.

Dia juga pernah tersenarai dalam senarai bilionair majalah Forbes – telah berkahwin dengan ratu cantik berusia 18 tahun iaitu Emma Coronel pada 2007 dan dipercayai memiliki 10 cahaya mata dengan beberapa wanita.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About | Ping your blog, website, or RSS feed for Free
DMCA.com Copyright © 2013-2015. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger