Home » , » Eksperimen insulin ‘pintar’ tunjukkan hasil pada tikus: Kajian

Eksperimen insulin ‘pintar’ tunjukkan hasil pada tikus: Kajian

Posted By Dennelton Mandiau on Wednesday, July 1, 2015 | 23:18

Satu eksperimen “insulin pintar” yang bertindak balas selama 14 jam telah menunjukkan hasil pada tikus dan boleh diuji kepada orang yang mempunyai diabetes jenis 1 dalam dua tahun, kata penyelidik.

Produk itu dikenali sebagai Ins-PBA-F dan dibangunkan oleh ahli biokimia di Universiti Utah, akan aktif dengan sendiri apabila gula darah meningkat, menurut kajian yang disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan.

Ujian ke atas tikus dengan jenis diabetes tahap 1 menunjukkan satu suntikan “boleh berulang kali dan secara sendiri merendahkan kadar gula dalam darah selepas tikus itu diberi jumlah gula setara dengan apa yang tikus itu makan,” menurut laporan tersebut.

Ubat tersebut meniru dengan teliti keadaan badan tikus ketika normal dan mengembalikan paras gula darah seperti biasa selepas makan.

“Ini adalah satu kemajuan penting dalam terapi insulin,” kata penulis bersama Danny Chou, penolong professor biokimia di Universiti Utah.

“Insulin kami dibuat untuk mengawal gula darah dengan lebih berkesan daripada jenis ubat lain yang disediakan untuk pesakit kencing manis pada masa kini.”

Orang yang mempunyai diabetes jenis 1 mesti sentiasa memantau gula darah mereka dan secara manual menyuntik diri dengan insulin apabila diperlukan.

Apa-apa kesilapan atau kelambatan boleh menyebabkan komplikasi, termasuk sakit jantung, buta atau menyebabkan kematian.

Ins-PBA-F adalah versi yang diubah suai secara kimia dari hormon yang berlaku secara semulajadi.

Ia berbeza dari produk “insulin pintar” yang lain seperti gel atau penyalutan, yang menghalang insulin apabila gula dalam darah rendah.

Selepas ujian keselamatan jangka panjang dalam makmal haiwan, ujian keselamatan untuk kali pertama terhadap manusia boleh dimulakan dalam tempoh dua hingga lima tahun.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger