Home » , » Makan kacang tanah boleh elakkan alahan pada bayi: Kajian

Makan kacang tanah boleh elakkan alahan pada bayi: Kajian

Posted By Dennelton Mandiau on Monday, June 29, 2015 | 20:51

Disebabkan alergi kacang tanah semakin meningkat di seluruh dunia, satu kajian mendapati bahawa ia bertentangan ke atas penemuan atau nasihat sebelum ini. Makanan yang mengandungi kacang tanah pada bayi sebelum usia 11 bulan boleh membantu menghalang alahan.

Penemuan dalam Jurnal Kesihatan New Zealand adalah berdasarkan kajian British dari 640 kanak-kanak, berusia empat hingga 11 bulan, yang dianggap berisiko tinggi akan mendapat alahan jika makan makanan mempunyai kacang tanah sama ada penyakit alahan telur atau ekzema, yang boleh dikaitkan dengan alergi kacang tanah.

Penyelidik di sebuah Hospital Kanak-kanak Evelina di London menyusun kanak-kanak itu secara rawak dalam dua kumpulan – beberapa diberikan makanan yang mengandungi kacang tanah dan yang lain diberitahu agar tidak mengambil makanan tersebut sehingga mereka berumur 5 tahun – untuk melihat jika mengelak mengambil makanan mengandungi kacang tanah adalah cara yang terbaik mengelak alahan kacang.

Selepas mencapai umur lima tahun, kurang daripada satu peratus kanak-kanak yang makan makanan mengandungi kacang tiga kali atau lebih dalam setiap minggu mempunyai alergi kacang tanah, berbanding 17.3 peratus dalam kumpulan yang mengelak kacang tanah sepenuhnya.

Hasil kajian terakhir itu tidak termasuk 13 daripada 319 kanak-kanak yang disusun secara rawak menunjukkan tanda-tanda alahan kacang pada awal kajian.

Kanak-kanak yang terlibat dalam penyelidikan itu juga tidak diberi makan makanan kacang sepenuhnya kerana boleh mendatangkan masalah tercekik.

“Ini adalah satu perkembangan klinikal yang penting dan bertentangan dengan garis panduan sebelum ini,” kata Gideon Lack, Ketua Jabatan Alahan Pediatrik di Kolej King London, yang mengetuai kajian (Pembelajaran Awal Mengenai Alahan Kacang) LEAP.

“Walaupun ini telah ditarik balik pada tahun 2008 di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kajian kami menunjukkan bahawa garis panduan baharu mungkin diperlukan untuk mengurangkan kadar algeri kacang tanah kepada anak-anak kita,” tambah Lack, yang membentangkan penemuan di Akademi Amerika bagi Alergi, Asma dan Imunologi di Houston, Texas.

Lack menggesa ibu bapa bayi dan kanak-kanak yang menghidap ekzema atau alahan telur agar berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk berbincang penggunaan kacang dalam diet anak-anak mereka.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About | Ping your blog, website, or RSS feed for Free
DMCA.com Copyright © 2013-2015. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger