Home » , » Gusi Bengkak dan Inflamasi pada Mulut

Gusi Bengkak dan Inflamasi pada Mulut

Posted By Dennelton Mandiau on Friday, April 25, 2014 | 00:09

Gusi bengkak atau "stomatitis" adalah keradangan tisu-tisu lembut pada gusi dan mulut.

Hidroterapi
  1. Kumur air garam hangat, 3 kali sehari sebelum waktu makan.
  2. Urut gusi dengan jari-jari yang bersih setelah berkumur air garam hangat.
  3. Berus gigi dengan berus lembut. Berus gigi setiap selesai makan.
  4. Minum sekurang-kurangnya 4 gelas jus buah pada siang hari.
  5. Periksakan gusi yang bengkak kepada doktor gigi, dan infeksi mulut kepada doktor biasa.
Pengubatan dengan tanaman herba

1. Cuci mulut dengan air rebusan daun Jambu Batu (Psidium Guajava L.)
  • Rebus satu cawan daun Jambu segar yang dicincang dalam 2 gelas air selama 10 minit. Saring dan sejukkan.
  • Bubuhkan garam ke dalam air rebusannya untuk berkumur atau cuci mulut setiap selesai makan.
2. Kumur dengan daun Kainito atau Star apple (Chrysophyllum Cainito L.)
  • Rebus satu cawan daun kainito segar yang dicincang dalam 2 gelas air selama 10 minit.
    Gunakan air rebusannya untuk cuci mulut atau kumur.
3. Cuci mulut dengan daun Krian Dot (Syzygium Jambolanum.)
  • Rebus 10 helai daun Krian Dot segar dalam dua gelas air selama 10 minit. 
  • Gunakan air rebusannya untuk cuci mulut dan kumur.
4. Cuci mulut dengan daun Terung (Solanum Melongena L.)
  • Rebus 3 daun terung dalam 2 gelas air selama 10 minit 
  • Gunakan air rebusannya untuk cuci mulut atau kumur.
    ~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
    Share this article :
    The Editor

    I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

    Post a Comment

    Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
     
    Support : Policies | Contact | About
    DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
    Designed by Maskolis | Modified by
    Proudly powered by Blogger