Home » , » Sembelit dan Sengatan Lebah/Penyengat

Sembelit dan Sengatan Lebah/Penyengat

Posted By Dennelton Mandiau on Friday, March 28, 2014 | 22:43

Sembelit adalah suatu keadaan di mana proses pengeluaran sisa pencernaan (najis) berlangsung lambat atau sukar dan keras.

Hidroterapi dan pengubatan lain
  1. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Minum satu atau dua gelas air ketika bangun pagi dan satu gelas sebelum tidur.
  2. Berikan enema (memasukkan air ke dalam usus besar untuk merangsang pembuangan najis). Lihat artikel ini Kompres Hangat.
  3. Biasakan diri untuk membuang najis pada suatu masa yang ditentukan contohnya waktu pagi.
  4. Lakukan riadah selalu.
  5. Makan banyak sayuran hijau dan berdaun serta buah-buahan segar.
Pengubatan dengan tanaman herba

1. Daun Kangkung air (lpomea aquatica Torsk.)
  • Makan 2 cawan daun kangkung air rebus pada waktu makan. 
  • Jika boleh, jadikannya satu amalan pemakanan.
best way to cure constipation and bee stings2. Daun Belungai (Moringa Oleifera Lam.)
  • Makan 1 cawan daun (yang telah dimasak) bersama makanan lainnya.
3. Betik yang sudah masak (Carica papaya.)
  • Makan sehiris besar setiap sarapan.
Sengatan lebah dan penyengat terkadang sangat menyakitkan; rasa sakit ini dapat berlangsung selama beberapa hari.

Pengubatan dengan tanaman herba
  1. Gosok segera bahagian yang tersengat dengan Cuka atau sari Limau kesturi hingga rasa sakit reda.
  2. Gosok bahagian yang tersengat dengan sabun mandi basah. Jangan bilas kesan sabun itu dengan air; biarkan hingga kering.
  3. Gosok bahagian yang tersengat dengan soda bikarbonat (serbuk penaik roti) selama 5 minit. Ulangi setelah 2 jam jika masih gatal dan sakit.

~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger