Home » , » Kudis

Kudis

Posted By Dennelton Mandiau on Thursday, January 2, 2014 | 15:08

infectious skin disease
Kudis adalah suatu penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh Sarcoptes Scabiei, ditandai luka-luka dalam berbagai bentuk, dan disertai kegatalan yang melampau terutamanya pada waktu malam.

Hidroterapi
  1. Mandi setiap hari dengan sabun dan air. Kenakan pakaian bersih setiap selesai mandi, termasuk pakaian dalam.
  2. Jemur di cahaya matahari: tempat tidur, bantal, cadar, tilam, selimut dan pakaian tidur yang digunakan malam hari.
  3. Tidur sendirian untuk mencegah penularan kepada ahli-ahli keluarga lainnya.
  4. Jaga kebersihan setiap saat. Cuci tangan, kaki dan muka, atau mandi sebelum tidur.
Pengubatan dengan tanaman herba

1. Berendam dalam air Putarwari (Tinospora rumphii Boerl.)
  • Cincang satu meter dahannya dan rebus dalam 4 liter air selama 15 minit. Tambahkan cukup air untuk memenuhi satu baldi plastik yang cukup besar untuk merendamkan seluruh tubuh seorang anak, jika seluruh tubuhnya terserang.
  • Untuk orang dewasa. gunakan air rebusan untuk kompres panas pada bahagian-bahagian yang terserang saja.
2. Daun Kemboja (Plumeria acuminata Ait)
  • Rebus 1 cawan daun Kemboja segar yang dicincang dan satu ranting kecilnya dalam ½ cawan minyak kelapa selama 5 minit.
  • Biarkan hingga sejuk dan simpan dalam botol untuk digunakan apabila diperlukan.
  • Bubuhkan dengan saksama pada bahagian tubuh yang terserang setelah mandi.
3. Getah Mangga (Mangifera indica Linn.)
  • Campurlah dengan saksama getah dari batang ataupun kulit pohon mangga dengan minyak.
  • Bubuhkan pada bahagian yang terserang, 2 kali sehari setiap selesai mandi dan pada malam hari sebelum tidur.
4. Daun Gladulus (Gliridia sepium (Jacg.) Steud.)
  • Peras sari dari daun gladulus.
  • Bubuhkan pada bahagian-bahagian yang terserang setelah mandi, dan sebelum tidur.
~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About | Ping your blog, website, or RSS feed for Free
DMCA.com Copyright © 2013-2015. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger