Home » , » Bau Badan dan Cacar Air

Bau Badan dan Cacar Air

Posted By Dennelton Mandiau on Friday, December 27, 2013 | 14:41

Bau badan tidak menyenangkan.

Hidroterapi
  1. Mandi setiap hari dan ganti pakaian bersih, termasuk semua pakaian dalam.
  2. Ganti pakaian setiap kali basah dengan peluh. Jika mungkin, mandi setiap kali ganti pakaian.
  3. Minum sekurang-kurangnya 6 gelas air semasa siang hari.
  4. Hindarkan makanan-makanan berempah. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Treatment with herbsPengubatan dengan tanaman herba

1. Campuran tawas dengan sari limau kesturi
  • Ambil sepotong tawas keras dan hancurkan. Campur dengan 1 sudu makan sari 1-2 buah limau kesturi. 
  • Sapukan pada ketiak setiap selesai mandi dan seperlunya. 
  • Gunakan sebagai deodoran.
2. Deodoran sirih-limau kesturi (Piper beetle L. Citrus Microcarpa Bunge.)
  • Peras sari dari daun sirih dan campur dengan sari limau kesturi.
  • Gunakan sebagai deodoran setiap kali selesai mandi dan sebelum tidur.

Cacar air adalah sejenis penyakit akut yang berjangkit. Sasaran utamanya adalah anak-anak dan penyebabnya adalah virus varicella. Penyakit ini ditandai oleh peradangan pada kulit dalam bentuk gelembung-gelembung lutsinar yang muncul berkelompok-kelompok pada berbagai bahagian tubuh.

Hidroterapi
  1. Lap badan untuk demam ataupun kompres sejuk secara terus-menerus pada kepala untuk menghilangkan demam.
  2. Mandi air hangat atau menyeka badan (membersih menggunakan span) dengan air hangat setiap hari. Jangan gosok luka.
  3. Berikan banyak jus buah serta air kepada pesakit sewaktu ia tidak tidur.
    Perhatian: Jika mungkin, asingkan penderita dalam bilik untuk mencegah berjangkitnya penyakit kepada ahli-ahli keluarga yang lain.
Pengubatan dengan tanaman herba

1. Daun Belimbing Manis, untuk rasa gatal (Averrhoa Carambola L.)
  • Hancurkan atau cincang daun muda dan ambil sarinya. 
  • Bubuhkan sari pada kulit atau luka untuk menghilangkan rasa gatal, 3 kali sehari. Jangan gosokkan sari itu pada kulit.
2. Daun Lenggundi, untuk demam (Vitex Negundo L.)
  • Rebus 4 sudu makan daun kering yang dicincang atau 6 sudu makan daun segar yang dicincang dalam 2 gelas air selama 15 minit.
Takaran:

Orang dewasa: 1 cawan, setiap 4 jam
Anak-anak: (Bayi) 1 sudu makan, setiap 4 jam, (2-6 tahun) ¼ cawan, setiap 4 jam, (7-12 tahun) ½ cawan, setiap 4 jam.
~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I was a blogger since 2008, I have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2017. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger